3 Amalan Sholeh Yang Tidak Terputus Pahalanya
3 Amalan Yang Tidak Terputus Pahalanya - Ada 3 amalan yang pahalanya tidak pernah terputus, meski orang yang beramal telah meninggal dunia.
Amalan inilah yang dapat menyelamatkan kita dari dosa-dosa yang pernah kita perbuat. Rasulullah bersabda:
ุนู ุฃุจู ูุฑูุฑุฉ ุฑุถู ุงููู ุนูู ุฃู ุฑุณูู ุงููู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู ูุงู : ุฅุฐุง ู ุงุช ุงุจู ุขุฏู ุงููุทุน ุนู ูู ุฅูุง ู ู ุซูุงุซ: ุตุฏูุฉ ุฌุงุฑูุฉ ุฃู ุนูู ููุชูุน ูู ุฃู ููุฏ ุตุงูุญ ูุฏุนู ูู
Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).
Sesungguhnya kita diciptakan oleh Allah mempunyai matlamat yang tertentu yaitu agar kita sentiasa mengabdikan diri kepada Allah serta mentaatinya dengan melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.
Firman Allah Ta’ala dalam surah Adz –Dzaariyaat ayat 56 ,
ูู ุง ุฎููุช ุงูุฌู ูุงูุฅูุณ ุฅูุง ููุนุจุฏูู
Kira-kira maksudnya: “Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah-Ku.”
Allah telah menjanjikan pahala bagi mereka yang sentiasa beriman dan bertakwa kepadanya sebagai jaminan untuk mencium bau syurga dan juga memberikan dosa dan api neraka kepada mereka yang mengkufuri perintahnya. Segala amalan kita didunia akan terputus apabila kita kembali menghadap ilahi. Namun terdapat 3 amalan sahaja yang masih diterima Allah sebagai pahala kita di akhirat nanti meskipun kita sudah meninggalkan dunia fana ini. Amalan-amalan tersebut adalah:
1) Amal jariyah
2) Ilmu yang bermanfaat
3) Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya.
Di sini jelas menunjukkan kepada kita betapa tingginya nilai rahmat dan kasih Allah terhadap hambanya, memberikan peluang untuk memperolehi pahala walaupun kita sudah berada di alam barzakh. Sekarang terserahlah kepada kita untuk mengambil peluang keemasan ini selagi hayat masih ada.
AMAL JARIYAH
Amal jariyyah menurut bahasa ialah perbuatan yang baik. Menurut istilah ulama syara’ amal jariyyah juga di sebut sebagai wakaf iaitu menahan sesuatu yang bolah dimanfaatkan bagi tujuan kemaslahatan serta kekal zatnya sebagai ( taqarrub) pendekatan diri terhadap Allah.
Firman Allah Ta’ala yang berbunyi :
ูู ุชูุงููุง ุงูุจุฑ ุญุชู ุชููููุง ู ู ุง ุชุญุจูู ูู ุง ุชููููุง ู ู ุดูุก ูุฅู ุงููู ุจู ุนููู
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (Surah Ali ‘Imran, ayat 92)
Amal jariyah merupakan amalan yang terpuji disisi Allah antaranya ialah membangun masjid atau sekolah, mewakafkan kitab-kitab bermanfaat kepada masjid dan lain-lain lagi. Perkara ini ada disebutkan dalam hadith, riwayat Ibn Majah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang kira-kira bermaksud:
''Sesungguhnya amal dan kebaikan yang terus mengiringi seseorang ketika meninggal dunia adalah ilmu yang bermanfaat, anak yang dididik agar menjadi orang shaleh, mewakafkan Al-Quran, masjid, membangun tempat penginapan bagi para musafir, membuat irigasi, dan bersedekah.'' (HR Ibn Majah).
Berikut disenaraikan antara fadilat-fadilat amal jariyyah berbentuk sedekah ialah :
Bersedekah merupakan jalan kepada pintu-pintu kebaikan dan menutup pintu-pintu kejahatan.
Ikhlasnya bersedekah dapat meringankan kesusahan seseorang.
Harta orang yang bersedekah tidak akan berkurangan malah nilainya akan bertambah.
Dengan bersedekah, kita akan terhindar dari bala dan umur juga diberkati serta menjadi panjang.
Merahasiakan sedekah memadam kemurkaan Allah manakala sedekah secara terang-terangan pendinding api neraka.
Oleh itu, kita agar sentiasa melakukan amal jariyah dengan penuh keikhlasan karena sedekah bukan saja memberikan maslahat kepada masyarakat.Bahkan pahalanya akan sentiasa mengalir walaupun kita telah menghembuskan nafas terakhir. Maka tidak rugilah harta yang telah disedekahkan pada jalan Allah sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 262 yang kira-kira bermaksud :
Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan tidak menyakiti perasaan si penerima, mereka memperolehi pahala di sisi tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.
Dan sabda nabi yang berbunyi :
ูุง ุชุณุชุญููุง ู ู ุฅุนุทุงุก ุงููููู ูุฅู ุงูุญุฑู ุงู ุฃูู ู ูู
"Jangan kamu malu dengan pemberian yang sedikit kerana tidak memberi langsung lebih sedikit daripadanya"
ILMU YANG BERMANFAAT.
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda yang Maksudnya:
Barang siapa yang melalui jalan ke arah menuntut ilmu maka Allah mudahkan untuknya jalan ke syurga. (Hadith Riwayat Muslim)
Pepatah juga ada mengatakan:
Kerjakanlah amal ibadah seolah-olah kamu mati pada keesokan harinya dan tuntulah ilmu tu seolah kamu hidup seribu tahun lagi.
Menuntut ilmu adalah amat digalakkan tidak kiralah ilmu pengetahuan itu berbentuk keagamaan maupun saintifik atau ekonomi. Apapun ilmu bermanfaat yang telah kita pelajari sewajarnya kita aplikasikan dalam kehidupan seharian. Dan amat beruntung lagi jika ilmu sedemikian disebarkan dan diajarkan dengan meluasnya kepada orang ramai bersesuaian dengan sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam :
ุจูุบูุง ุนูู ููู ุกุงูุฉ
Sampaikanlah dariku walau satu ayat.
Diriwayatkan oleh al-Imam Ibnu Majah daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
"Pelajarilah oleh kamu ilmu faraidh itu, kerana ia adalah sebahagian daripada agama dan ia adalah setengah daripada ilmu. Ia juga adalah ilmu yang pertama dicabut daripada umatku"
Kedua-dua hadith di atas menuntut kita agar sentiasa mengajarkan ilmu yang dipelajari kepada yang jahil dan memerlukan kerana kelebihan menuntut ilmu dan mengajarkannya itu amat luas di sisi masyarakat dan juga disisi maha pencipta, Allah Subhanahu Wata’ala.
Sesungguhnya mereka yang berilmu dan menyembunyikannya adalah termasuk daripada orang-orang yang rugi. Hidup mereka cuma setakat mendapat kepuasan diri sendiri dan pahalanya hanya setakat didunia sahaja.
Begitu juga mereka yang luas ilmunya akan tetapi kurang mempunyai adab dalam menuntut ilmu seperti melawan guru bermegah-megah dan merasakan ilmu yang diperolehinya sudah cukup hebat, ilmu yang mereka perolehi hanyalah sia-sia dan tidak mendapat berkat dari yang Maha Esa.
Oleh yang demikian, tuntutlah ilmu dengan penuh adab dan rasa rendah diri kerana sesungguhnya ilmu itu adalah milik Allah Subhanahu Wata’ala.
Firman Allah Subhanahu Wataala :
ูุงู ูุฅู ุงุชุจุนุชูู ููุง ุชุณุฃููู ุนู ุดูุก ุญุชู ุฃุญุฏุซ ูู ู ูู ุฐูุฑุง
"Berkata Khidr (selaku guru), jika kamu ingin ikutiku maka jangan kamu bertanya apa-apa sehinggalah aku menceritakannya kepadamu." ( Al-Kahfi, ayat 70)
Ayat ini tidak bermaksud kita sebagai murid tidak boleh bertanya semasa waktu pembelajaran, namun adab yang dimaksudkan di sini hendaklah dengan cara meminta izin terlebih dahulu.
Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi ada mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang
"Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat."
Berlainan dengan mereka yang ikhlas memberikan ilmu yang bermanfaat sebagai contoh pensyarah dan guru. Tidak terbatas hanya mengharapkan imbalan gaji yang diterima.Generasi ilmuan seperti ini perlulah mempunyai hati yang ikhlas demi mengharap redha dan berkat Allah dalam menjalani kehidupan. Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui apa jua yang kita sembunyikan.
Di sebabkan nilai keikhlasan amalan seseorang dalam mengajarkan ilmu mereka inilah, Allah mengangkat darjat para ilmuan dikalangan para sahabat dan ulama dan menjanjikan pahala yang besar kepada kita baik semasa kita hidup ataupun telah meninggal dunia.
DOA ANAK YANG SOLEH.
Ibu bapa mempunyai amanah yang besar dalam mendidik anak-anak mereka. Jika baik tarbiyahnya maka solehlah anak tersebut namun jika sebaliknya, akan mendatangkan kerugian kepada diri mereka sendiri.
Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, maksudnya:
"Setiap anak dilahirkan atas fitrah, maka kedua ibu bapanyalah yang meyahudikannya atau menasranikannya atau memajusikannya".
Anak merupakan amanah Allah yang amat bernilai kepada kita bagi mencorak dan melahirkan generasi yang bakal menerajui dunia yang penuh pancaroba. Didikan agama yang betul adalah amat dititik beratkan. Insyaallah anak yang soleh, baik budi pekerti dan agamanya bukan sahaja menjadi harapan bangsa dan masyarakat Islam malah kepentingannya kembali kepada orang tuanya itu sendiri. Dengan ini, tidak rugilah mereka yang mempunyai anak yang soleh dan solehah kerna mereka lah yang akan sentiasa mendoakan orang tuanya setelah mereka meninggal dunia dan berikutan ini bertambahlah pahala orang tua tersebut hanya kerana sebuah doa dari anaknya.
PENGAJARAN YANG DAPAT KITA AMBIL DARI HADITH DI ATAS :
1. Islam menggalakkan hambanya agar sentiasa bersifat ikhlas dalam melakukan amalan-amalan yang terpuji.
2. Galakan terhadap semua umat islam agar menggunakan kesempatan hidupnya dengan melakukan 3 perkara tadi iaitu amal jariyah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh kerana pahala daripada melakukan amalan-amalan ini tidak akan putus sekalipun kita sudah tiada.
3. Seruan kepada kedua orang tua agar sentiasa menitikberatkan dalam mendidik anak-anak mereka dengan tarbiyah yang baik.
4. Amal jariyah seperti bersedekah mempunyai fadilat yang banyak sepertimana yang disebutkan didalam ayat-ayat al-quran dan hadith-hadith.
Ilmu yang berkat adalah bersumber dari keikhlasan, kecekalan hati dalam menimba ilmu pengetahuan disamping menjaga adab dan displin ketika belajar.
Selain 3 Amalan Diatas ada Amalan lainnya yang tak putus pahalanya setelah ( Wafat ) Meninggal Dunia
Menurut Imam al-Suyuti (911 H), bila semua hadis mengenai amal yang pahalanya terus mengalir walau pelakunya sudah meninggal dunia dikumpulkan, yaitu:
1.ilmu yang bermanfaat,
2.doa anak shaleh,
3.sedekah jariyah (wakaf),
4.menanam pohon kurma atau pohon-pohon yang buahnya bisa dimanfaatkan,
5.mewakafkan buku, kitab atau Alquran,
6.berjuang dan membela Tanah Air,
7.membuat sumur,
8.membuat irigasi,
9.membangun tempat penginapan bagi para musafir,
10.membangun tempat ibadah dan belajar.
amal yang pahalanya terus mengalir, karena orang yang masih hidup akan terus mengambil manfaatnya. Manfaat yang dirasakan orang yang masih hidup inilah yang menyebabkannya terus mendapatkan pahala walau ia sudah meninggal dunia.
Demikian 3 Amalan Yang Tidak Terputus Pahalanya dan Amalan lainnya yang pahalanya terus mengalir.

Baca Juga Artikel
- Keutamaan manfaat mengamalkan membaca asmaul husna dan menghafal 99 asmaul husna
- Keutamaan manfaat Doa Al-Matsurat Dzikir Pagi dan Petang dan fadhilah membaca Al MaTsurat
- cara agar bisa ikhlas dan mengenal macam-macam tanda ciri-ciri orang ikhlas
- Hikmah rahasia keajaiban shalat subuh dan keutamaan manfaat shalat subuh berjamaah
- hikmah keutamaan shalat Tahajud dan manfaat keajaiban sholat malam tahajud qiyamullail
- Keutamaan Adzan dan Pahala Manfaat mengumandangkan adzan Bagi Para Muadzin
- Hikmah shalat 5 ( lima ) waktu dan keutamaan manfaat sholat fardhu
- Keutamaan sholat dhuha dan manfaat pahala mengerjakan shalat dhuha
- ciri-ciri golongan wanita penghuni neraka dan sebab banyak wanita masuk neraka
- Ancaman siksaan dan dosa bahaya meninggalkan sholat fardhu lima waktu
- Hikmah manfaat berkurban dan keutamaan qurban hari raya idul adha
- Hikmah Bulan sya'ban : keistimewaan puasa dan keutamaan malam Nisfu Sya'ban
- Hikmah Keistimewaan bulan rajab dan keutamaan fadhilah manfaat puasa rajab